Wednesday, December 22, 2010

Gambar Panas Enam Bulan

nasrulz

Dah dekat 6 bulan jari ini tak menari-nari disini,agak-agak mungkin dah bersawang dah blog aku nie.Aku buat apa sepanjang 6 bulan ini?lama tu..kepada yg selalu mengikuti perkembangan aku kat Facebook tu,tahu lah diorang kenapa.Sorry la kalau ada yang ternanti-nantikan entry terbaru dekat blog nie,tetapi tak ada pun entry terbaru,maaf yea.Last entry yang aku tulis kat blog ni adalah beberapa hari sebelum aku bergelar mahasiswa Universiti Kuala Lumpur,MIIT.Alhamdulillah,aku telah tamat semester 1 disana dengan jayanya dan sangat membanggakan bagi aku.Diploma In information Technology,itulah kursus yang aku ambil disana,banyak cabaran dan dugaan apabila belajar ditengah2 kota Kuala Lumpur ini,bagi yang pertama kali melaluinya,mungkin akan rasa sedikit kekok atau sebagainya la.Bagi aku,tiada apa bezanya hidup di kota ataupun dikampung,bagi aku kedua-duanya sama jea kot,yang penting,kena jaga diri elok-elok jea,aku dah biasa dengan bandar KL,Alhamdulillah dengan semua tu kerna aku dapat sesuaikan diri dengan baik disana ..entahlah..anda renugkan,dan fikir-fikirkanlah sendiri.Kalau nak diceritakan aktiviti,kenangan2 aku sepanjang 6 bulan aku tak berblogging nie,keliling dunia pun tak habis-habis cerita aku.Cukuplah sedikit coretan dan gambar yang akan menceritakan segalanya yang mungkin aku boleh selitkan untuk entry kali ini.

Apabila berada ditempat baru,berjumpa orang baru,maka dengan itu,bertambah-tambah lah kawan-kawan aku.Sepanjang aku belajar di Universiti tertinggi di Asia itu,kawan-kawan rapat mahupun renggang lah yg menemaniku disana.Apa sahaja aktiviti yang dilakukan,dilakukan bersama-sama.Bersiar-siar,bowling,ice skating,lepak,makan,minum,segalanya bersama-sama teman.Dan aku juga sedar,ramai yg mungkin tak suka dengan aku semasa aku disana,namum apakan daya,aku hanya manusia biasa,banyak kelemahanya,segala-galanya adalah kurniaan Allah s.w.t dan aku redha menerimanya.Sepanjang aku berada disana juga aku terpaksa berjauhan dengan keluargaku dikampung,bagi aku itu semua adalah lumrah kehidupan,sepanjang kehidupan kita ini,pengorbanan itu penting kerna semua itulah yang akan mengajar kita erti kehidupan dan dalam kearah mencerahkan kehidupan yang akan datang.Aku telah dikurniakan dengan kawan-kawan yang sedia menemaniku kemana jua dan sanggup menjadikan aku sebagai kawan aku.Cerita panjang-panjang pun tak dapat memberi gambarannya,diharapkan gambar dibawah ini boleh menceritakan segala-galanya.

Orchid flower at Sunway Pyramid

After bowling game at Sunway 

At Bukit Bintang with Star Wars character as YES promote 

At One Utama

Tourism Center Malaysia,KL

At Universiti Kuala Lumpur

Speaking to Chairman of UNIKL,Datuk Adham Baba

NasruLz : 2011 akan menjelma beberapa hari sahaja lagi dari sekarang.Semester 2 akan bermula bagi aku,mahasiswa-mahasiswi sekelian,sudah bersediakah anda untuk semester yang baru?

 

 
Google Analytics Alternative