Monday, December 3, 2012

(CONFIRM) iPHONE 5 DI MALAYSIA PADA 14 DECEMBER 2012

 

colorware-iphone-5-xl

 

Semestinya, ramai yang menanti-nantikan berita gembira ini. Setelah beberapa kali rumours tentang pelancaran iPhone 5 di Malaysia yang dikatakan tidak berlaku sama sekali. Hari ini, Apple sendiri telah mengeluarkan sendiri berita rasmi bahawasanya, iPhone 5 akan dilancarkan di Malaysia pada 14 December 2012 ini, iaitu 10 hari dari sekarang. Sudah bersediakah anda?

Mengikut kenyatann rasmi dari pihak Apple, kemungkinan besar harga iPhone 5 adalah sama dengan harga iPhone 4s, bermula dari RM2,199 untuk 16gb. iPhone 5 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Apakah warna pilihan anda? Saya akan memilih warna putih.

Sumber : http://www.apple.com/pr/library/2012/12/03iPhone-5-Arrives-in-South-Korea-More-Than-50-Additional-Countries-in-December.html

 

Wednesday, November 28, 2012

(Video) Ajari Aku–Anuar Zain


Nora

LIRIK

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Ajari aku tuk bisa mencintaimu




Wednesday, November 7, 2012

Info Pelancaran iPhone 5 di Malaysia Hujung November.


iPhone 5 malaysia

  
 UPDATE 10/11/12 : Tarikh baru pelancaran iPhone 5 di Malaysia. Pre-order start 23 November 2012 dan start jual pada 30 November. Sumber dari twitter @Shiblivision . Entah betul entah tidak kali ini, aku pun kurang pasti. Tahap kepercayaan aku tentang tarikh pelancaran dah semakin berkurang berikutan dan 150 juta kali delayed

19 Oktober, 26 Oktober & 2 November adalah tarikh dimana dikatakan akan dilancarkan iPhone 5 di Malaysia. Malang sekali, tiada langsung pelancarannya sehingga ke hari ini  (7 November 2012). Khabar angin terbaru tentang pelancaran iPhone 5 di Malaysia adalah berkemungkinan  sekali bakal dilancarkan pada hujung November ini, 30 November 2012. Tiada khabar berita tentang pelancarannya dari telco-telco di Malaysia mahupun pengumumuan rasmi dari pihak Apple Malaysia sendiri. Sedangkan Nano-Sim untuk iPhone 5 sudah diperkenalkan oleh Maxis, Digi dan Celcom hampir sebulan yang lalu.

Buat masa sekarang, ura-ura tentang pelancarannya pada 9 November 2012 ini sangat tipis dan berkemungkinan sama sekali (PASTI) akan tiada langsung pelancarannya. Kalau ada, ‘Welcome to Malaysia iPhone 5’. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pelancarannya yang dikhabarkan pada hujung bulan November ini. Kalau lebih awal, lebih baik.

PS : Ohhh..bilakah iPhone 5 nak dilancarkan di Malaysia ni, dah berjanggut juga ak menunggu!..mesti kapal sesat kat lautan sebab guna Apple Maps..no komen!..hahaha


Monday, October 29, 2012

Pelancaran iPhone 5 di Malaysia pada 2 November 2012


iphone5-white-black-front

UPDATE 10/11/12 : ARTIKEL TERBARU TENTANG PELANCARAN IPHONE 5 DI MALAYSIA TELAH DI UPDATE,BOLEH BACA DI SINI : http://nasrulz.blogspot.com/2012/11/info-pelancaran-iphone-5-di-malaysia.html

UPDATE 2 NOVEMBER 2012 : Seperti sedia maklum, tiada langsung khabar berita tentang pelancaran iPhone 5 di Malaysia pada hari ini. Maklumat terbaru yang diperolehi, iPhone 5 berkemungkinan bakal dilancarkan oleh Maxis pada 5-11 November ini di MidValley Megamall (rujuk gambar dibawah). Dikhabarkan, pelancaran rasmi iPhone 5 di Malaysia berkemungkinan pada 9 November 2012 atau pada 11 November 2012. Sama-sama kita nantikan, adakah tarikh terbaru yang dikhabarkan itu betul-betul atau hanya ura-ura sekali lagi. Selepas tiga kali pelancarannya ditangguh, adakah pelancarannya akan berlaku minggu hadapan? Sama-samalah kita nantikan. 

ps: hari ini iPad mini dah keluar kat Singapore, Malaysia masih belum dapat iPhone 5 pun. Nak iPad mini? tunggu pelancarannya tahun depan.


UPDATE : Apple telah confirmkan,iPhone 5 akan dilancarkan di India,Thailand,etc.. pada 2 November ini. Malangnya Malaysia tiada dalam senarai pelancaran pada 2 November 2012 ini. Kemungkinan besar,pada 2 November 2012 ini tiada pelancaran iPhone 5 di Malaysia. Adakah ini kali ketiga penagguhan pelancaran iPhone di Malaysia? sumber : Twitter @ShibliVision

Berdasarkan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, iPhone 5 yang dilancarkan pada 19 September 2012 yang lepas berkemungkinan bakal dilancarkan di Malaysia pada hari jumaat ini iaitu pada 2 November 2012. Khabar angin yang bertiup kencang sebelum ini ternyata hanya omongan kosong, dimana dikhabarkan iPhone 5 bakal dilancarkan pada 19 Oktober 2012 hanyalah ura-ura belaka.

Agak kecewa juga sebenarnya apabila pada 19 Oktober 2012 itu tiada sebarang pelancaran mahupun pre-order untuk iPhone 5. Saya sempat berkunjung ke epiCentre Pavilion Kuala Lumpur selepas itu, sempat tanya seorang staff disitu, katanya iPhone 5 akan dilancarkan pada 26 Oktober 2012. Sekali lagi, agak kecewa disitu apabila tiada juga pelancaran pada tarikh berkenaan.

Ada juga ura-ura mengatakan bahawa tarikh pelancaran pada 26 Oktober 2012 tidak sesuai untuk dilancarkan kerana pada hari yang sama adalah Hari Raya Aidiladha. Dan saya juga ada terbaca bahawa stok-stok iPhone 5 lambat sampai, shipment delayed kot.Dan diharapkan, selepas dua kali tarikh pelancaran di Malaysia dibatalkan, pada 2 November 2012 ini, dapatlah ia dilancarkan.

7982950858_c532654fac_h

Disini juga saya ada beberapa kesimpulan, kenapakah pelancaran iPhone 5 ini lambat dilancarkan di Malaysia berbanding Singapore yang dilancarkan sama dengan US.? Saya difahamkan bahawa iOS menduduki tempat pertama di Singapore berbanding Malaysia ditempat ketiga. Nampak? Maksudnya disini, pengguna iOS di negara Singapore yang kecil tu,lagi ramai berbanding pengguna-pengguna di Malaysia yang besar ni.
Sedikit kecewa dan sedih juga dengan rakyat Malaysia ini sebenarnya. Kenapa? Saya selalu mengikuti laman twitter tentang iPhone 5, hanya perlu search keyword ‘iPhone 5 malaysia’ , macam-macam kata cacian yang dilemparkan kepada Malaysia berikutan lambatnya pelancaran iPhone 5 di Malaysia. Pelik dan teruk sangat sikap begitu! Kenapa perlu salahkan Malaysia?. ini adalah keputusan dari Apple.com sendiri. Kena faham disitu. Jangan sampai rakyat luar melabelkan rakyat Malaysia tak beradab.Perghhhhh!
Beberapa blogger terkenal dari OhMedia Network sendiri adalah antara yang terawal memiliki iPhone di Malaysia. Boleh baca review-reviewnya disini.
Jika anda masih keliru samada berbaloi atau tidak untuk menggunakan iPhone 5 ini, boleh baca brainstroming di Justkhai.com.
Jika anda ada like Facebook Switch , iaitu salah satu pengedar rasmi barangan Apple di Malaysia, ada satu post yang berkemungkinan mereka sedang berada dalam meeting untuk iPhone 5 mungkin. Sebabnya, anda boleh perhatikan gambar yang dipos diblurkan.
59615_10151516900818146_1142509193_n
Mungkin janggal juga, pada acara apple 23 Oktober 2012 yang lepas, apple telah melancarkan iPad Mini, iMac, MacBook Pro Retina Display 13 inch dan iPad 4. Singapura dikhabarkan bakal mendapat iPad Mini pada 2 November 2012 ini, iaitu tarikh yang sama pelancaran iPhone 5 di Malaysia mungkin? redha jea la rakyat Malaysia oi, yang penting jangan maki-maki okey?

PS : Kepada yang ternanti-nantikan pelancaran iPhone 5 di Malaysia, sama-samalah kita nantikan adakah iPhone 5 bakal dilancarkan pada 2 November 2012 ini atau tidak.


 
Google Analytics Alternative